Pendapat Ulama Tentang Nama `Izra'il Izrail

1. Hafiz ibn Hajr telah membuat perbincangan mendalam mengenai nama malaikat maut, dalam bukunya Al-Imtaa [1]. Dia menyebut beberapa hadis, sungguhpun lemah, yang menyebut nama malaikat maut sebagai Izrail (Izrael).


2. Ibnu Kasir telah berkata dalam Al-Bidayatu Wan-Nihayah (1/49)[2]:

"Dan Malaku l-Mawt, maka tidaklah dinyatakan namanya di dalam Al-Qur'an, dan tidak pula di dalam hadis-hadis yang sahih. Dan telah datang penamaannya dalam beberapa asar sebagai "`Izra'il", waLlahu `alam. Dan sesungguhnya Allah ta`ala telah berkata: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]".


3. Dan telah berkata As-Sanadiy:

"Tidak terdapat pada penamaannya sebarang hadis yang marfu` (bersambung dengan Rasulullah)".


4. Dan Al-Manawiy telah berkata dalam Faydhu l-Qadir (3/32)[3] selepas dia menyebut bahawa Malaku l-Mawt telah tersebar bahawa namanya `Izra'il, dia berkata:

"Dan saya tidak menemui terhadap penamaannya dengan hal itu dalam khabar".


5. Dan telah berkata As-Syaykh Al-Albaniy dalam ta`liqnya terhadap kata-kata At-Tahawiy:

"Dan kita percaya dengan Malaku l-Mawt yang ditugaskan untuk mencabut ruh-ruh sekalian alam". Dan berkata rahimahu Llah: "Saya berkata: Inilah namanya di dalam Al-Qur’an, dan penamaannya dengan "`Izra'il" sebagaimana yang tersebar di kalangan manusia, maka tiada asal baginya, dan sesungguhnya ia adalah daripada Isra'iliyyat".


5. Dan Asy-Syaykh Ibnu `Usaymin telah berkata:

"(Malaku l-Mawt): Dan sesungguhnya telah masyhur bahawa namanya (`Izra'il), tetapi ia tidak sahih. Sesungguhnya hal ini datang dalam asar Isra’iliyyah, tidak diwajibkan untuk kita percaya dengan nama ini. Maka kita menamakan mala'ikat yang ditugaskan dengan kematian sebagai (Malaku l-Mawt) sebagaimana Allah `azza wajalla telah menamakannya dalam kata-Nya: «Katakanlah: Malaku l-Mawt akan mematikan kamu semua, dia yang ditugaskan terhadap kamu, kemudian kepada Tuhan kamu kamu akan kembali» [As-Sajdah: 11]." [Fatawa Ibnu `Usaymin (3/161)][4].[5]